Indeks
Opini  

Kenyataan Media Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia

INFODA.ID: Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada YAB PMX atas peluang untuk saya menyambung perkhidmatan di Kementerian Pendidikan Tinggi selepas 12 bulan berkhidmat di Kementerian Sumber Manusia.

Fokus Kerajaan Perpaduan untuk mengangkat darajat Negara melalui kemakmuran ekonomi rakyat dizahirkan dengan rombakan kabinet yang lebih dinamik.

Walaupun saiz kabinet bertambah, ianya merupakan jumlah yang optima dan masih kecil berbanding Kerajaan terdahulu.

Terima kasih saya ucapkan buat seluruh warga kerja Kementerian Sumber Manusia yang begitu komited menjayakan agenda Malaysia Madani selama saya bertugas sebagai Timbalan Menteri.

Saya akan teruskan komitmen dan jalankan amanah sebagai Timbalan Menteri sebaik mungkin di Kementerian Pendidikan Tinggi pimpinan Menteri KPT YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir.

Sesuai portfolio baharu saya di Kementerian Pendidikan Tinggi, saya akan memberi perhatian kepada isu-isu yang dekat dengan pemegang taruh Kementerian, antaranya (tidak terhad) adalah:

1.Menurunkan kadar pengangguran dalam kalangan belia yang kini pada 10.1%

2.Meminimakan ketidakpadanan pekerjaan yang mengakibatkan guna tenaga tidak penuh (underempoyment)

3.Memperkasa sinergi antara Akademik dan Industri dalam mencapai objektif NIMP, NETR dan Kerangka Ekonomi Madani dengan Mendasari silibus akademik yang mengutamakan pendedahan industri sebenar

4.Memastikan bakat mencukupi dalam Negara sebagaimana permintaan para pelabur dengan melahirkan mahasiswa berkemahiran tinggi yang kalis masa depan

5.Memastikan libat urus antara pelajar dan agensi Kerajaan berjalan dengan baik sebagai pendedahan kepada keperluan semasa

6.Memastikan pelajar yang menjalani latihan praktikal mendapat elaun yang setimpal

7.Mempromosikan kesedaran kesihatan mental dan memperkasa Kekuatan Emosi & Spiritual pelajar

8.Membimbing pelajar dari kalangan miskin tegar dan dari pedalaman untuk menghabiskan pengajian

9.Memperkasa TVET merentas 12 kementerian yang dihubung dengan kolaborasi bersepadu

10.Meneruskan inisiatif Jejak TVET Madani bagi menonjolkan graduan TVET IPT berbakat besar dalam perusahaan dan Merealisasi hasil inovasi IPT dipasar secara komersial. (*)

✓ Penulis: YB Datuk Ts Mustapha Sakmud (
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia)

Exit mobile version